Kursus Pengacaraan Berwibawa, Majlis Berprestij untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia pada 25 Jun 2018 bertempat di Dewan Mahsuri LHDNM (Cawangan Alor Setar)
Pengacara majlis (atau emcee / master of ceremonies) memainkan peranan penting dalam kejayaan sesuatu acara korporat. Mereka membantu untuk mewakili persidangan atau acara secara keseluruhan, sambil mengekalkan perjalanan majlis mengikut jadual dan memastikan penglibatan penonton. Ia adalah pekerjaan yang mencabar dan dipandang ringan namun melibatkan kemahiran pengucapan awam yang tinggi. Kewajipan emcee mungkin berbeza bergantung kepada perjalanan acara majlis dan tanpa mengira fungsi dan peranannya itu, ia tetap merupakan tugas yang penting. Kejayaan sesuatu majlis itu sangat bergantung kepada host emcee yang berwibawa. Majlis berprestij kerana Pengacaraan yang berwibawa.
Bengkel ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
i.memberi kefahaman kepada peserta tentang elemen utama protokol dan sumber-sumber protokol di Malaysia.
ii.memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi elemen protokol semasa mengurus, menganjur dan mengendalikan majlis.
iii.mengenal pasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengendalikan majlis dan tindakan-tindakan pro-aktif yang boleh diambil berdasarkan situasi tertentu.
iv.memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan protokol mengacarakan majlis








