Etiket Majlis Makan Rasmi Sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Bil. 2/2025
Dewan Bangsawan, Aras 2, Menara HASiL, Cyberjaya
Khamis, 17 Julai 2025
10.30 pagi
Pagi ini berpeluang menyampaikan sesi Executive Dining Skills atas jemputan Tuan Ahmad Dan (Mr Protokol) sempena persidangan yang menghimpunkan seramai 350 orang barisan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Kanan LHDNM dari seluruh negara.
Walaupun masa yang diperuntukkan agak singkat dan jumlah peserta yang ramai, sesi tetap dijayakan secara interaktif dan santai — menekankan aspek hands-on melibatkan hidangan pembuka seperti starter salad, sup, teknik bread breaking dan etika hidangan utama.
Turut membantu kelancaran sesi ini ialah penggunaan sistem AVA terkini (state-of-the-art Audio Visual & Assistive system) di Dewan Bangsawan yang memastikan komunikasi jelas, pengendalian visual dinamik dan interaksi peserta yang lebih efektif — menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan mudah dihayati. Saya amat teruja dapat berkongsi ilmu bersama para peserta yang sangat berintelek, berkarisma dan berwibawa, mewakili kepimpinan pengurusan negara.
Terima kasih atas jemputan dan sinergi profesional ini. Semoga ilmu yang dikongsi memberi nilai tambah kepada personaliti dan kehadiran profesional setiap individu.







