Program latihan insaniah (softskills), finishing school ini memberi nilai tambah kepada graduan dalam memastikan mereka memiliki kebolehdapatan dan kebolehpasaran pekerjaan (graduate employability and marketability) terutama dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan – Government Linked Companies(GLCs) dan memperolehi pekerjaan berpendapatan tinggi.
Program keterampilan graduan yang berfokus kepada komunikasi efektif dapat menyediakan bakal graduan ASWARA dengan kemahiran insaniah, sikap, sahsiah kerjaya selaras dengan kehendak serta keperluan industri pekerjaan masa kini. Program sebegini juga dapat mengasah dan meningkatkan kemahiran graduan dengan kemahiran komunikasi secara efektif dan keterampilan kerjaya yang diperlukan oleh industi agar mereka lebih berkeyakinan dan profesional bagi tujuan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja.







