Sesi ACCEPT bersama warga berbagai agensi di INTAN Bukit Kiara sempena Program Jelajah Bahasa dan Budaya Cina (J2BC) pada 12 September 2025.
ACCEPT diberi amanah untuk mengendalikan salah satu modul yang menarik iaitu “Dining with Grace: Essentials of Chinese Table Etiquette”, dengan penyertaan seramai 60 orang peserta.
Sesi ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang adab dan etiket makan masyarakat Cina, malah turut diperkaya dengan simulasi 8-course Chinese dining yang memberikan pengalaman sebenar kepada para peserta.
Program ini juga mencerminkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan budaya, di mana inisiatif seperti ini sangat baik untuk memupuk persefahaman, toleransi dan penghormatan antara satu sama lain.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak INTAN Bukit Kiara selaku penganjur program, dan juga ReLearn Consultant sebagai trainer provider atas kepercayaan yang diberikan.
Semoga semua peserta mendapat manfaat, pengalaman berharga, serta terus berkeyakinan dalam mengaplikasikan ilmu ini dalam situasi profesional dan sosial.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.