Alhamdulillah pagi ini diberi peluang berkongsi dengan hampir 180 orang pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.
Topiknya Pembentukan Etika, Adab Sosial dan Pengurusan Aduan Pelanggan.
Walaupun dalam bulan Ramadhan, dewan penuh dan para pelajar nampak sangat fokus dan memberi kerjasama yang baik. Seronok bila melihat anak-anak muda ini mula memahami bahawa adab, etika dan cara kita berinteraksi dengan orang lain adalah sebahagian daripada imej profesional kita.
Terima kasih kepada pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin atas jemputan ini.
Moga perkongsian kecil ini memberi sedikit manfaat kepada mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

