Bersama rakan trainer ACCEPT, Sha Jamilah Almufazal, mengendalikan program “The Inspiring Presenter: How to Create & Deliver High Impact Presentation” untuk warga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pn Sha berkongsi tentang teknik penyampaian yang berkesan, membawa peserta menyelami Colored Brain Communication—memahami bahawa setiap individu memproses maklumat dan berkomunikasi dengan cara yang berbeza.
Apabila komunikasi, penyampaian dan kefahaman digabungkan, hasilnya bukan sekadar pembentangan yang baik, tetapi mesej yang benar-benar sampai kepada audiens.
Terima kasih kepada pihak PPUM atas kepercayaan yang diberikan kepada ACCEPT. Semoga setiap peserta pulang dengan ilmu yang dapat terus dipraktikkan dalam tugasan harian.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

