
MTCP Diplomatic Training Course for the African Region.
Antara sesi yang diadakan adalah sesi praktikal, role-play, real-life examples, dining etiquette dan seating protocol banyak membantu mereka memahami topik yang disampaikan.
Saya berharap segala ilmu dan pengalaman yang dikongsi dapat membantu mereka mengendalikan komunikasi silang budaya, protokol diplomatik dan etiket profesional dengan lebih yakin serta sensitif terhadap budaya, di mana sahaja mereka bertugas nanti.
A special thank you to Institute of Diplomacy and Foreign Relations (IDFR) kerana sekali lagi memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan topik ini. Ini merupakan kali kedua saya diberi peluang mengendalikan topik yang sama bersama IDFR—sebelum ini untuk para pegawai diplomatik dari Timor-Leste.
Bagi saya, setiap sesi bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga ruang untuk belajar daripada pengalaman, budaya dan perspektif para peserta dari pelbagai negara.
Terima kasih IDFR, dan terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan yang sangat aktif, sporting dan open-minded. Your feedback inspires me to keep learning, improving and giving the best in every session.




