Terima kasih kepada pihak MDI atas kepercayaan kepada saya dan tim ACCEPT untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam bidang protokol dan pengendalian delegasi.
Apabila kita menerima delegasi antarabangsa, kita bukan sekadar menyambut tetamu. Kita membawa imej organisasi dan, dalam keadaan tertentu, imej negara. Cara kita menyapa, menggunakan panggilan hormat, mengatur tempat duduk dan mengiringi tetamu memberikan gambaran tentang profesionalisme kita.
Bayangkan delegasi tiba dengan jadual yang padat, keperluan bahasa yang berbeza dan amalan budaya yang mungkin kurang kita kenali. Bagaimanakah kita memastikan mereka berasa dihormati, selesa dan yakin dengan pengurusan kita?
Di sinilah pentingnya persediaan, ketelitian dan kepekaan budaya. Perkara yang kelihatan kecil kepada kita mungkin membawa makna yang besar kepada tetamu.
Sepanjang kursus ini, kita akan melihat bagaimana prinsip protokol antarabangsa diterjemahkan kepada tindakan praktikal—daripada
persediaan menerima delegasi, penyelarasan atur cara dan layanan tetamu, hinggalah menangani perubahan atau situasi di luar jangka.
Jutaan terima kasih kepada Mr Protokol Tn Ahmad Dan Setafa atas kesudian bersinergi mengendalikan program intensif ini. Harapan kami agar para peserta akan lebih yakin untuk mengendalikan delegasi global dengan teratur, berhemah dan profesional.
Protokol memberikan panduan; kepekaan budaya membantu kita menyesuaikan tindakan; dan layanan yang baik menjadikan tetamu berasa dihargai.


Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda. {loadformmaker 13}

