Atas permintaan pihak penganjur, kami mengadakan sesi Group Dynamics yang direka khusus agar selari dengan objektif kursus Pengacaraan Berwibawa, Majlis Berprestij.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
???? Cari Titik Sama
???? Rumour Clinic
???? Attributes
???? Art Attack
???? OH SOM
Setiap aktiviti disesuaikan untuk mengajak peserta berkomunikasi dengan jelas, mendengar dengan teliti, berfikir secara kreatif dan bekerjasama sebagai satu pasukan.
Salah satu pengajaran menarik daripada Rumour Clinic ialah bagaimana sesuatu maklumat boleh berubah apabila disampaikan dari seorang kepada seorang yang lain. Sebagai pengacara majlis, ketepatan maklumat amat penting—nama, gelaran, jawatan dan susunan acara perlu disemak agar majlis berjalan dengan lancar.
Melalui aktiviti OH SOM pula, peserta dapat melihat betapa pentingnya teamwork dalam menjayakan sesebuah majlis. Setiap anggota pasukan mempunyai peranan masing-masing, dan kerjasama serta penyelarasan yang baik membantu memastikan perjalanan acara lebih lancar. ????
Seronok melihat para peserta memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti. Terima kasih atas semangat dan komitmen yang diberikan sepanjang hari pertama! ????
Belajar bersama, berlatih bersama, dan menjadi lebih berwibawa bersama.



Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda. {loadformmaker 13}

