Event Management and Protocol Siri 3, Program Umum ACCEPT yang berlangsung pada 11–12 November 2026 di ACCEPT @ Wisma Suria, Cyberjaya.
Kalau Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera negeri, bagaimana susunannya? ????????
Peserta mencubanya sendiri menggunakan kad bendera dalam latihan praktikal protokol majlis. Antara yang dikongsikan juga ialah Protokol Susunan Tempat Duduk dan Protokol Panggilan Hormat.
Dalam perbincangan kumpulan pula, peserta memperincikan tugas jawatankuasa pelaksana, daripada jemputan, sambutan dan protokol hinggalah kewangan, logistik dan keselamatan. Bila setiap jawatankuasa jelas tentang peranannya, lebih mudah untuk menyelaras kerja sebelum dan semasa majlis.
Terima kasih kepada semua peserta khususnya Datin Lyn, Roza Saupi, Wan Hasrazara, Noorain Harun, Naz Fazilah atas soalan, perkongsian pengalaman dan kerjasama sepanjang dua hari ini.
Semoga ilmu dan latihan ini membantu anda mengendalikan majlis seterusnya dengan lebih yakin dan teratur. Jumpa lagi dalam program ACCEPT akan datang!



Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda. {loadformmaker 13}

