Sesi Event Management & Protocol bersama warga Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada 17 November 2026 di Sama-Sama Hotel, KLIA.
Jutaan terima kasih buat Tuan Rudy Ludinata atas kepercayaan dan peluang untuk teman berkolaborasi bersama IMAGenius dalam mengendalikan program ini.
Teruja sekali bila dapat berganding bahu dan berkongsi pengalaman tentang pengurusan majlis serta amalan protokol bersama para peserta.
Terima kasih juga kepada pihak urus setia dan warga MdI yang turut menjayakan sesi ini. Semoga perkongsian kita dapat dimanfaatkan dalam merancang dan mengendalikan majlis rasmi selepas ini.
Insya-Allah, ada rezeki kita berganding lagi, Tuan Rudy!



Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda. {loadformmaker 13}

