Kursus Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang telah diadakan pada 31 Oktober 2018 bertempat di Room 9, Level 2, Shah Alam Convention Centre mengenegahkan 30 peserta yang begitu komited dalam mendalami ilmu pengurusan majlis dan protokol.
Program ini mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol dan pengendalian Majlis Rasmi serta etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.

Antara pengisian yang dikongsikan bersama ialah elemen utama Pengurusan Majlis dan Protokol Majlis Rasmi serta adab dan tertib di Meja Makan.



