ACCEPT kali ini diberi kesempatan untuk memenuhi jemputan mengendalikan sesi Grooming for Professional Presence dalam Program Finishing School ASWARA. Program ini disediakan sebagai panduan dalam mengendalikan latihan kepada pelajar ASWARA peringkat Diploma dan Ijazah untuk mempersiapkan diri mereka dengan persediaan dunia kerjaya. Sesi yang dibawa kali ini menggarap tajuk-tajuk seperti "Knowing Your Self and Managing Perceptions', Etiket untuk Menjalin Perhubungan Profesional dan Teknik Berketerampilan . Isu-isu ini sangat asas dan perlu dikuasai bagi bakal graduan dalam proses mencari pekerjaan terutamanya dalam situasi persaingan yang sangat kompetetif.
Antara matlamat sesi program ialah untuk membantu peserta memahami kehendak/jangkaan majikan atau pihak industri terhadap graduan dan pasaran kerja semasa.





