Kursus Majlis Jamuan, Adab dan Tertib di Meja Makan: untuk penuntut Kulinari Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak pada 27 & 28 August 2019.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Program ini akan mendedahkan peserta kepada elemen etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan dan ketertiban berpakaian. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.
Satu koloborasi bersama Perunding Imej Muslimah, Awaken Training and Consultancy dengan seramai 37 peserta mengambil bahagian. Program ini direka khas untuk mendedahkan peserta kepada Pembentukan Imej Profesional dalam menghadiri Majlis Jamuan.
Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas keterampilan, tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.

Modul yang disediakan ialah:
Teknik berketerampilan dan Penampilan secara Profesional dengan menganalisis gaya personaliti yang mempengaruhi penampilan, Ketertiban Berpakaian (Dress Sense) serta Tips dan panduan berpakaian professional untuk Lelaki dan Wanita. Juga dikongsikan ilmu Adab dan Etiket di Majlis Jamuan.







