Etiket berasal dari bahasa Perancis iaitu “etiquette” yang dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Etiket bermaksud peraturan atau ketentuan yang menetapkan kesopanan tingkah laku dalam pergaulan atau perhubungan dengan orang lain.
Dalam sesebuah organisasi, pasti berlaku proses komunikasi bermula dari peringkat atasan hingga bahawan. Justeru, etiket berperanan menjaga keharmonian dan hubungan baik sesama sendiri.
Dalam definisi lain, etiket juga adalah satu set peraturan adat yang mengawal tingkah laku keadaan atau sesebuah kumpulan sosial. Ia mengandungi ajaran-ajaran kesopanan yang seharusnya diamalkan semasa bergaul dan berinteraksi bagi menjaga maruah semua pihak.
Etiket tidak akan wujud jikalau individu tinggal berseorangan di sebuah pulau atau tempat yang terpencil.
Dari sudut sejarah, etiket dikesan wujud sejak dari zaman raja-raja Perancis lagi. Ketika itu, pertemuan rasmi raja-raja, pesta keraian dan majlis resepsi di kalangan para elit kerajaan dan bangsawan sudah lama diamalkan. Dalam salah satu pertemuan, mereka telah bersetuju untuk mengikut dan mematuhi satu set peraturan khusus mengenai cara berpakaian, bersalaman, bertamu dan cara duduk bertumpu pada perilaku sopan yang bersifat rasmi. Sejak itu, etiket mula diperkenalkan sebagai amalan rasmi majlis.
Sedikit perkongsian tentang Etiket,
Buku Dining Etiquette: Please Upgrade Me
Nantikan kemunculan nya..


