ACCEPT telah dijemput untuk mengendalikan program Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket bagi warga kerja Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 11- 13 November 2019 bertempat di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Terima kasih pihak penganjur di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.
Tahniah kepada semua peserta seramai 20 orang yang telah menunujukkan minat yang tinggi dalam mendalami ilmu pengurusan majlis dan protokol serta etiket bisnes dan makan beradab.
Bengkel ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- mengetahui dan memahami tentang konsep, prinsip, sensitiviti, dan ruanglingkup protokol dalam konteks majlis rasmi.
- meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa hadir dalam majlis-majlis dan semasa mengendalikan majlis.
- meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas dalam berketerampilan, tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.

Tenaga Pengajar Pn. Noraini Mohd Hanafiah dan Tuan Ahmad Dan Setafa bergambar kenangan bersama Koordinator Program Pn. Bibi Faridha Mohd Salleh yang juga merupakan seorang Perunding Imej Profesional dan Certified Dining Skill Consultant (CDSC).

Perkongsian Ilmu Pengurusan Majlis dan Protokol dikendalikan oleh Mr Protokol Tuan Ahmad Dan Setafa. Antara yang disampaikan ialah :
- Pengenalan Protokol Majlis Rasmi Kerajaan
- Aplikasi Protokol dalam Penganjuran Majlis
- Hirarki Tetamu dalam Majlis - Susunan Keutamaan Persektuan
- Protokol Susunan Tempat Duduk
- Protokol Panggilan Hormat
- Tugas dan Tanggungjawab Pelaksana Majlis Rasmi dan Penyambut Tetamu

Selain Protokol, peserta juga didedahkan kepada Etiket Bisnes, Etiket Adab dan Tertib di Meja Makan yang dikendalikan oleh Puan Noraini Mohd Hanafiah.




Antara sesi yang digemari dan mendapat interaksi serta sambutan yang baik dikalangan peserta ialah sesi Simulasi Dining Etiquette.

Sesi simulasi ini disediakan dengan latihan hands on a 4-course western dining, dengan menekankan cara mengenali dan mengguna peralatan makan (dining utensils) serta cara makan atau gaya makan menggunakan utensils tersebut.
Program ini telah mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai amalan protokol dan pengendalian Majlis Rasmi serta etiket khususnya tatacara menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti.

