Penampilan warga kerja secara profesional ketika bertugas di dalam atau luar pejabat tidak dinafikan akan memberikan persepsi positif pelanggan terhadap tahap penyampaian perkhidmatan organisasi.. Oleh yang demikian, keperluan mewujudkan budaya profesional termasuklah imej penampilan diri warga kerja amat penting untuk mencerminkan kredibiliti organisasi.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.

ACCEPT dapat memenuhi jemputan mengendalikan program Bizett (Grooming, Corporate Image and Business Etiquette) anjuran Right Trex untuk warga kerja Pos Malaysia selama 2 hari, 28 & 29 November 2019. Terima kasih Right Trex atas peluang berkolaborasi ini serta diucapkan tahniah kepada semua peserta yang hebat belaka dalam mendalami ilmu Imej professional. Didoakan semoga selamat maju jaya dalam karier masing2.

Program ini telah mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai ketertiban berpakaian dengan merujuk kepada ketetapan dan garis panduan etika berpakaian yang sedang berkuatkuasa. Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.








