Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Justeru, memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Alhamdulillah dan terima kasih Politeknik Sultan Idris Shah di atas peluang dan jemputan mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional yang berlangsung selama 3 hari. Terima kasih juga kepada Puan Raihan Abdul Rahman atas kesudian beliau bersama menjayakan program ini.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta hebat yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik SIS di atas komitmen dan kerjasama sepanjang sesi perkongsian.
Perkongsian kali ini banyak berkisar pada Professional Dress Sense, Face shape dan Body shape.
Sesi Executive Dining Skills dan Business Protocols and Etiquette dengan pengisian yang melibatkan aktiviti hands on dan Simulasi.